Monday, May 31, 2010

Cuti Balik Kampung Bakar Otak2

Bakar otak2 Kempas...

Cuti hari Wesak dan sambung cuti hujung minggu yang lalu, kita orang sekeluarga balik kampung. Sampai kampung dalam pukul 5.30 petang.

Pak Da sekeluarga sampai kampung dalam pukul 7.00 malam. Rumah Opah ramai orang termasuk Pak Anjang, Mak Usu dan jugak Pak Teh yang lewat sampai...

Kita orang bakar otak2 Kempas yang Pak Da beli... Banyak tuuu.. Ade le dalam 200 biji. Makan sampai kenyang. Nie antara gambar kenangan ketika acara membakar otak2...

Monday, May 17, 2010

SELAMAT HARI GURU

Hari nie sekolah kita sambut Hari Guru...



Saya ucapkan Selamat Hari Guru buat semua insan bergelar guru terutama guru-guru di Sek. Keb. Gangsa dan Sek. Agama (JAIM) Gangsa.

Semoga semua guruku di rahmati Allah...Amin

p/s : Semalam sibuk sediakan hadiah untuk semua guru yang mengajar kami. Terima kasih ibu.... bawa kami carikan hadiah untuk guru-guru tersayang.

Oppps.... terlupa pulak... Selamat Hari Guru buat Ibu tersayang!!! Ibu pun seorang guru.....

Sunday, May 9, 2010

SELAMAT HARI IBU

Terima kasih ibu....


Buatmu Ibu

Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu

Sempena Hari Ibu... kami mengucapkan selamat Hari Ibu. I love u.... Terima kasih ibu. Lagu ini khas untukmu ibu!!!
https://6481650730899347971-a-1802744773732722657-s-sites.googlegroups.com/site/adiwidget/adiClock_Islamic_09s.swf