Pada
hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang
perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang
terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah
disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala
objektif ‘mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang
Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca
tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang
diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.
Memasuki
Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada
terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan
kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata
kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat
dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya,
tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa
Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk
kembali ke pangkal jalan di bulan lain.
Sumber: Ustaz zaharuddin.net
Sumber: Ustaz zaharuddin.net