Thursday, December 30, 2010

Berjalan Ke Key-Ell Siri II

Selepas minum pagi, kami sekeluarga gerak ke Key-Ell. Tapi sebelum tu kami sekeluarga singgah ke Pusat Sains Negara.

Macam-macam yang kita orang dapat tengok. Yang palin best dapat tengok pameran Dinousour. Macam duduk kat zaman purba laa pulak..











Wednesday, December 29, 2010

Berjalan Ke Key-Ell Siri I

Bermandikan Cahaya di ICT Shah Alam...

Sempena cuti sekolah nie... pada hujung minggu lepas kami sekeluarga berjalan ke KL. Tempat yang kami tuju adalah rumah Mak Ganah & Ayah As. Lebih kurang pukul 8.30 pagi kami bertolak.

Singgah minum di Highway. Lebih kurang dalam pukul 11.00 pagi sampai rumah Mak Ganah.

Malam kami sekeluarga melihat panorama cahaya di ICT Shah Alam. Kami sekeluarga terpukau dengan cahaya lampu yang bermacam-macam warna....












Thursday, September 16, 2010

Wednesday, August 4, 2010

Pertandingan Azan Di SK Gangsa

Azan jangan tak azan....

Pada 16 Julai 2010 (Jumaat) yang lepas kita orang telah masuk pertandingan Azan. Pertandingan nie teridiri dari peserta murid tahun 3 hingga tahun 6.

Pertandingan dijalankan di tapak perhimpunan sekolah. Bermula dari jam 8.00 hingga 10.00 pagi.

Irham hanya dapat tempat ke-4 manakala Irfan dapat tempat ke-3. Irfan dapat hadiah yang disampaikan oleh Tn. Hj. Abdullah Bin Monel, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gangsa.

Nie gambar Irfan ketika melaungkan azan dengan penuh bersemangat dan bergaya. Cayalah!!!! Gambar Irham tak de laaa....

Monday, July 26, 2010

Pak Teh Akhiri Zaman Bujang

SELAMAT PENGANTIN BARU....

Pada 24 Julai (Sabtu) yang lepas kita orang sekeluarga sibuk kat rumah Opah sempena meraikan majlis perkahwinan Pak Teh & Mak Teh. Penat tapi menyeronokkan...

Sebelum kenduri kawin kat rumah Opah, Pak Teh telah selamat bernikah di rumah Mak Teh pada 17 Julai (Sabtu) yang lepas. Rumah kita jadi tempat bersanggah keluarga dari kampung.

Semua datang termasuk Pak Long sekeluarga, Pak Da sekeluarga, Mak ganah sekeluarga dan sedara dari kampung. Malam tu Ayah ada buat kenduri tahlil dan doa selamat.

Kat bawah nie album untuk majlis perkahwinan Pak Teh dan Mak Teh kat Melaka...



Kat bawah nie pulak album majlis perkahwinan kat rumah Opah....

Wednesday, July 7, 2010

CUTI SEKOLAH 2 MINGGU

Jalan2 ke Pulau Pinang...

Cuti sekolah yang lepas kami sekeluarga jalan-jalan ke Pulau Pinang. Ini adalah lawatan kali ke-2 kami ke Penang.

Sebenarnya ayah terpilih untuk bermain badminton untuk mewakili KPTM dalam Sukan Staf antara Universiti SUKUM kali ke-35) yang berlangsung pada 16-26 Jun 2010. kali ini USM menjadi tuan rumah.

Sempena cuti sekolah, ayah ajak kita orang jalan-jalan ke Penang. Kita orang duduk kat Home-stay kat Gelugor.

Kita orang ronda-ronda kat USM sebab ibu pernah belajar kat situ. Memang seronok.... Kat bawah ini adalah gambar-gambar kenangan kami semasa di Penang.

Sunday, June 6, 2010

Memory Aquaria

Gambar kenangan ketika bertandang ke rumah Mak ganah. Tidur semalam kat rumah Mak Ganah. Pagi-pagi kita orang bertolak ke KL nak masuk Aquaria. Nie gambar-gambar kenangan kami sekeluarga....

Monday, May 31, 2010

Cuti Balik Kampung Bakar Otak2

Bakar otak2 Kempas...

Cuti hari Wesak dan sambung cuti hujung minggu yang lalu, kita orang sekeluarga balik kampung. Sampai kampung dalam pukul 5.30 petang.

Pak Da sekeluarga sampai kampung dalam pukul 7.00 malam. Rumah Opah ramai orang termasuk Pak Anjang, Mak Usu dan jugak Pak Teh yang lewat sampai...

Kita orang bakar otak2 Kempas yang Pak Da beli... Banyak tuuu.. Ade le dalam 200 biji. Makan sampai kenyang. Nie antara gambar kenangan ketika acara membakar otak2...

Monday, May 17, 2010

SELAMAT HARI GURU

Hari nie sekolah kita sambut Hari Guru...



Saya ucapkan Selamat Hari Guru buat semua insan bergelar guru terutama guru-guru di Sek. Keb. Gangsa dan Sek. Agama (JAIM) Gangsa.

Semoga semua guruku di rahmati Allah...Amin

p/s : Semalam sibuk sediakan hadiah untuk semua guru yang mengajar kami. Terima kasih ibu.... bawa kami carikan hadiah untuk guru-guru tersayang.

Oppps.... terlupa pulak... Selamat Hari Guru buat Ibu tersayang!!! Ibu pun seorang guru.....

Sunday, May 9, 2010

SELAMAT HARI IBU

Terima kasih ibu....


Buatmu Ibu

Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu

Sempena Hari Ibu... kami mengucapkan selamat Hari Ibu. I love u.... Terima kasih ibu. Lagu ini khas untukmu ibu!!!

Monday, March 22, 2010

Cuti Sekolah : Mandi Di Kolam Air Panas Pedas

Pada hari Sabtu yang lepas kami telah mandi manda di Kolam Air Panas Pedas. Bertolak dari rumah dalam pukul 9.00 pagi. Sampai di Pedas lebih kurang pukul 10.30 pagi.

Berikut adalah gambar kenangan semasa kami di sana.


Tini menangis.. kakinya sakit



Tini & Tina keletihan...

Monday, February 22, 2010

Lepak Kat Homestay PD

Cuti-cuti Malaysia...

Pada cuti Tahun Baru China yang lepas.. kami sekeluarga telah lepak kat Homestay kat Port Dickson. Memang seronok... betul! betul! Betulll!!!

Kami tinggal kat sana 3 hari dua malam. Banyak aktiviti yang kami sekeluarga lakukan. Homestay nie dekat dengan pantai so aktiviti banyak la yang berkaitan dengan laut. Kami bermandi manda, lepak kat tepi pantai dan yang paling seronok ketika mencari 'buah tanah'. Pertama kali kami sekeluarga jumpa binatang nie.

Mak ganah masak 'buah tanah' ... masak pedas. Memang best. Rupanya macam kerang tapi isinya macam lala.

Dan tak ketinggalan kami melawat ke kandang kambing. Dekat je kandang kambing nie. Banyak la jugak kambing peliharaan kat sini. Lebih kurang 50 ekor. Pak cik bangla tu kata semua kambing import. Seronok dapat peluk si kambing tuuu...


Bila dah penat mandi pantai... kami lepak kat tepi pantai. Abang long dah tertidur. Irfan dan Tini tak boleh nak lelap mata laaa....


Masa kami jalan-jalan kat sekeliling Homestay tuu... Ayah terjumpa sarang burung merbah. Ada dua ekor anak dia. Ingat nak bawak balik tapi ayah tak bagi. Ayah kata nanti emak bapak dia menangis sebab sedih anak dia kita ambik. So dapat tengok je lahhh...



Gambar kenang-kenangan...

Saturday, February 20, 2010

SALAM MEMORI

Aku anak Malaysia...


Hari ini adalah hari yang amat bahagia buat kami berdua.. Sebab hari ini telah lahirnya sebuah blog hasil tunjuk ajar dari ayah tersayang... Terima kasih ayah!!! Kami menyayangimu....

Semoga lahirnya blog ini akan mengajar kami tentang dunia internet yang terlalu luas untuk kami terokai. Segala kenangan dan hari-hari yang dilalui akan kami catatkan disini untuk dijadikan sebuah memori yang terindah.....

Salam perkenalan buat para blogger.... Terimalah kehadiran kami berdua... Dinie Irham & Dinie Irfan. InsyaAllah kami berazam untuk menjadi seorang blogger yang memegang amanah sebagai 'Khalifah' di atas muka bumi ini... Amin!!!
https://6481650730899347971-a-1802744773732722657-s-sites.googlegroups.com/site/adiwidget/adiClock_Islamic_09s.swf