Monday, February 22, 2010

Lepak Kat Homestay PD

Cuti-cuti Malaysia...

Pada cuti Tahun Baru China yang lepas.. kami sekeluarga telah lepak kat Homestay kat Port Dickson. Memang seronok... betul! betul! Betulll!!!

Kami tinggal kat sana 3 hari dua malam. Banyak aktiviti yang kami sekeluarga lakukan. Homestay nie dekat dengan pantai so aktiviti banyak la yang berkaitan dengan laut. Kami bermandi manda, lepak kat tepi pantai dan yang paling seronok ketika mencari 'buah tanah'. Pertama kali kami sekeluarga jumpa binatang nie.

Mak ganah masak 'buah tanah' ... masak pedas. Memang best. Rupanya macam kerang tapi isinya macam lala.

Dan tak ketinggalan kami melawat ke kandang kambing. Dekat je kandang kambing nie. Banyak la jugak kambing peliharaan kat sini. Lebih kurang 50 ekor. Pak cik bangla tu kata semua kambing import. Seronok dapat peluk si kambing tuuu...


Bila dah penat mandi pantai... kami lepak kat tepi pantai. Abang long dah tertidur. Irfan dan Tini tak boleh nak lelap mata laaa....


Masa kami jalan-jalan kat sekeliling Homestay tuu... Ayah terjumpa sarang burung merbah. Ada dua ekor anak dia. Ingat nak bawak balik tapi ayah tak bagi. Ayah kata nanti emak bapak dia menangis sebab sedih anak dia kita ambik. So dapat tengok je lahhh...



Gambar kenang-kenangan...

Saturday, February 20, 2010

SALAM MEMORI

Aku anak Malaysia...


Hari ini adalah hari yang amat bahagia buat kami berdua.. Sebab hari ini telah lahirnya sebuah blog hasil tunjuk ajar dari ayah tersayang... Terima kasih ayah!!! Kami menyayangimu....

Semoga lahirnya blog ini akan mengajar kami tentang dunia internet yang terlalu luas untuk kami terokai. Segala kenangan dan hari-hari yang dilalui akan kami catatkan disini untuk dijadikan sebuah memori yang terindah.....

Salam perkenalan buat para blogger.... Terimalah kehadiran kami berdua... Dinie Irham & Dinie Irfan. InsyaAllah kami berazam untuk menjadi seorang blogger yang memegang amanah sebagai 'Khalifah' di atas muka bumi ini... Amin!!!
https://6481650730899347971-a-1802744773732722657-s-sites.googlegroups.com/site/adiwidget/adiClock_Islamic_09s.swf