Thursday, November 17, 2011

Syukur.... Abang Berjaya Dapat 5A!

Berdebar-debar hati ini menanti keputusan UPSR yang akan diumumkan oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gangsa. Lebih kurang dalam pukul 11.30 pagi tadi pengumuman secara rasmi keputusan UPSR telah dibacakan oleh Guru Besar.

Penantian akhirnya berakhir.... dan abang long adalah salah seorang pelajar yang mendapat 5A dari 12 orang pelajar kesemuanya. Menitis air mata ketika memeluk ibu dan ayah yang telah datang ke sekolah sejak pukul 10.30 pagi. Rupanya ibu dan ayah telah tau keputusan melalui sms.... tapi dirahsiakan sehinggalah diumumkan oleh Guru Besar...

Terima kasih ibu & ayah!!! Terima kasih juga kepada semua guru-guru SK Gangsa khususnya guru-guru tahun 6, dan tak lupa juga kepada kawan-kawan seperjuangan... Jasa kalian tetap dalam kenangan!!!! Terima kasih semua....



Akhirnya matlamat abang long telah tercapai.... Syukur Alhamdulillah!!!! Amin!

Tuesday, March 22, 2011

Khatam Al-Quran

Pada minggu lepas semasa cuti sekolah kami balik ke kampung di Parit Othman... Rumah Opah. Sempena dengan cuti sekolah nie, ibu dan ayah telah membuat majlis Khatam Al-Quran untuk kami berdua.

Majlis dimulakan selepas solat Jumaat lebih kurang pukul 3.00 petang. kami menjemput rakan-rakan dan sanak sedare yang terdekat jeee...









Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Quran dari surah Alhakumut Takasur sampailah ke surah Annas. Lepas tuu ayah membaca doa dan seterusnya doa makan. Jemputlah kawan-kawan makan jamuan yang ibu sediakan.....





https://6481650730899347971-a-1802744773732722657-s-sites.googlegroups.com/site/adiwidget/adiClock_Islamic_09s.swf