Sunday, July 21, 2013

KESILAPAN KERAP DALAM BULAN RAMADHAN

Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif ‘mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.

Sumber: Ustaz zaharuddin.net

DOA / ZIKIR BAGI BENTENGI DIRI



Ibnu Abbas mengatakan, Nabi SAW menjaga Hasan dan Husin dengan zikir. Baginda Nabi berkata "Sesungguhnya Ibrahim dulu menjaga Ismail dan Ishak dengan Zikir (di atas).Urwah bin Zubair berkata, satu hari Nabi SAW masuk ke rumah isterinya Ummu Salamah. Di sana ada seorang anak sedang menangis. Nabi SAW berkata pada ibunya, "Kenapa kamu tidak ruqyah dia dari penyakit 'ain?". 'Ain adalah penyakit yang ditimbulkan oleh pandangan yang penuh kedengkian.

Oleh itu, pengunjung blog yang dikasihi Allah sekalian, sebagai hadiah saya titipkan doa/zikir yang menjadi amalan Baginda Rasulullah SAW dan Nabi Allah Ibrahim a.s. ini. Amalkan dan jadikan zikir harian. Banyak kegunaannya sebagai benteng diri dan juga meruqyah anak menangis. 


Zikir dan amalan di bawah ini bolehlah diamalkan bagi membentengi diri dari jin dan syaitan, dari makhluk yang berbisa dan dari kedengkian manusia.  Boleh juga di rukyahkan pada anak-anak.  Bagi anak yang sedang menangis rukyahkan dengan meletakkan tapak tangan kanan atas kepalanya lalu dihembus ubun-ubunnya.  

https://6481650730899347971-a-1802744773732722657-s-sites.googlegroups.com/site/adiwidget/adiClock_Islamic_09s.swf