Monday, July 26, 2010

Pak Teh Akhiri Zaman Bujang

SELAMAT PENGANTIN BARU....

Pada 24 Julai (Sabtu) yang lepas kita orang sekeluarga sibuk kat rumah Opah sempena meraikan majlis perkahwinan Pak Teh & Mak Teh. Penat tapi menyeronokkan...

Sebelum kenduri kawin kat rumah Opah, Pak Teh telah selamat bernikah di rumah Mak Teh pada 17 Julai (Sabtu) yang lepas. Rumah kita jadi tempat bersanggah keluarga dari kampung.

Semua datang termasuk Pak Long sekeluarga, Pak Da sekeluarga, Mak ganah sekeluarga dan sedara dari kampung. Malam tu Ayah ada buat kenduri tahlil dan doa selamat.

Kat bawah nie album untuk majlis perkahwinan Pak Teh dan Mak Teh kat Melaka...



Kat bawah nie pulak album majlis perkahwinan kat rumah Opah....

Wednesday, July 7, 2010

CUTI SEKOLAH 2 MINGGU

Jalan2 ke Pulau Pinang...

Cuti sekolah yang lepas kami sekeluarga jalan-jalan ke Pulau Pinang. Ini adalah lawatan kali ke-2 kami ke Penang.

Sebenarnya ayah terpilih untuk bermain badminton untuk mewakili KPTM dalam Sukan Staf antara Universiti SUKUM kali ke-35) yang berlangsung pada 16-26 Jun 2010. kali ini USM menjadi tuan rumah.

Sempena cuti sekolah, ayah ajak kita orang jalan-jalan ke Penang. Kita orang duduk kat Home-stay kat Gelugor.

Kita orang ronda-ronda kat USM sebab ibu pernah belajar kat situ. Memang seronok.... Kat bawah ini adalah gambar-gambar kenangan kami semasa di Penang.

https://6481650730899347971-a-1802744773732722657-s-sites.googlegroups.com/site/adiwidget/adiClock_Islamic_09s.swf